Tentang Kami

Tentang Kami
Tentang Kami2018-03-19T17:16:10+00:00

Ikon Kebangsaan Negara

Transnasional, ikon Malaysia dan peneraju industri bas ekspres, merupakan salah satu jenama yang tersohor di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 200 destinasi, meliputi semua bandar raya dan bandar utama dengan 1,000 perjalanan harian di seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura. Dengan pengunaan kemajuan terkini dalam teknologi bas, reka bentuk dan keselesaan, Transnasional menyediakan perjalanan yang selamat, menyeronokkan dan berpatutan.

Kualiti Untuk Keselesaan Anda

Tempat Duduk yang Selesa

Memiliki kaki yang panjang? Adakah anda gemar jika orang asing meletakkan tangan di sebelah anda? Rimas kerana dipenuhi dengan barangan milik anak-anak anda? Di Transnansional, kami sedia melakukan apa sahaja bagi memastikan anda berada dalam keadaan yang selesa. Kami telah mengurangkan jumlah tempat duduk di dalam bas kami, supaya anda menikmati perjalanan dengan lebih selesa dengan kami pada masa akan datang.

Penyaman Udara Individu

Kini anda mampu mengawal arah dan kekuatan unit penyaman udara yang dipasang di atas setiap tempat duduk peribadi kami , sekaligus memastikan anda menikmati keselesaan di sepanjang perjalanan anda ke destinasi yang anda tujui.

Port Pengecas USB

Kami memahami akan tuntutan teknologi masa kini yang berjalan seiring dengan kehidupan seharian anda. Setiapa unit tempat duduk peribadi kami dilengkapi dengan port pengecas USB yang membolehkan anda mengecas alat peranti anda dan menonton filem atau drama kegemaran anda tanpa merasa risau dari permulaan perjalanan anda bersama kami sehingga anda tiba ke destinasi.

Lampu Bacaan

Lampu Bacaan Individu memastikan anda dapat meneruskan aktiviti bacaan anda tanpa mengganggu penumpang lain ataupun anda menerima gangguan daripada penumpang lain! Lampu LED kami memastikan anda untuk boleh terus bekerja ketika yang lain sedang berehat!

Dengan rangkaian bas yang paling moden, selesa dan selamat di negara, kini kami yakin perjalanan anda dengan kami akan lebih lancar dan tepat pada masanya!

Keselamatan anda adalah keutamaan kami

Pemantauan GPS selama 24 jam

Semasa anda mengembara ke destinasi anda, pasukan kawalan khusus kami bertindak memantau dan menyelia semua aktiviti di jalan raya supaya anda boleh berehat dan menikmati perjalanan anda. Dengan Transnasional – keselamatan anda adalah keutamaan kami!

Bel Pemancar kelajuan

Para pemandu kami dipantau oleh bel pemancar kelajuan yang dibantu oleh teknologi onboard yang akan memberitahu tahap kelajuan semasa mereka memandu diatas jalan raya. Keselamatan anda adalah keutamaan kami agar anda dapat tiba ke destinasi anda dengan selamat!

Tali Pinggang Individu

Setiap kerusi kami dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan, memastikan bahawa anda dilindungi dalam keadaan kecemasan. Dengan sistem keselamatan yang berkualiti tinggi, kami memastikan setiap penumpang kami selamat ketika dalam perjalanan bersama Transnasional.

Pemeriksaan rutin

Bas-bas kami dihantar secara berkala dan konsisten untuk menjalani pemeriksaan rutin bagi mengelakkan sebarang kecelakaan semasa berada di jalan raya. Pengalaman kami selama lebih dari 30 tahun dalam perniagaan, kami sentiasa memastikan anda menaiki kenderaan yang telah diperiksa, diselenggara dan dalam kedaaan terbaik supaya keselesaan dan keselamatan para penumpang berada di tahap paling maksimum!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami

Hubungi Kami